"Rumah makin selesa, Keluarga makin suka"

Servis Aircond Dengan
Kualiti & Kepakaran Terbaik

Sejarah CoolHauz

Jenama CoolHauz bernaung dibawah nama CoolHauz Technology yang merupakan sebuah syarikat enterprise yang telah didaftarkan pada September 2022. Syarikat ini telah diasaskan oleh dua orang graduan ijazah sarjana di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti di Perancis.

Selain daripada memiliki ijazah sarjana, pengasas CoolHauz juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 setelah melalui latihan 6 bulan dalam bidang Teknologi Penyejukbekuan dan Penghawa Dingin di Giatmara Pulai. 

Sebelum tertubuhnya CoolHauz, semua kerja-kerja berkaitan dengan aircond dilakukan di bawah naungan sebuah syarikat dinamakan Intelligentsia Platinum Integrated (IPI) semenjak tahun 2020 lagi. Nama CoolHauz dipilih supaya mudah difahami oleh pelanggan dan lebih selari dengan operasi teras kami iaitu kerja-kerja yang berkaitan dengan penghawa dingin.

Visi CoolHauz

01.

Memberikan servis terbaik dan bertaraf dunia kepada pelanggan melalui SOP yang rapi.

02.

Menjadi pilihan pertama pelanggan dalam menyelesaikan masalah keselesaan akibat suhu tinggi di rumah.

03.

Menjadi platform pembangunan bakat-bakat tempatan dalam bidang penyejukbekuan dan penghawa dingin.

Misi CoolHauz

01.

Menambahbaik servis dari semasa ke semasa

02.

Menyelesaikan masalah ketidakselesaan akibat suhu yang kurang ideal di ruang kediaman, pejabat, dan lain-lain

03.

Memberikan 100% kebolehan dan keupayaan kami dalam membantu menyelesaikan masalah penghawa dingin pelanggan

04.

Jujur, amanah, ikhlas dan telus dalam melaksanakan tugasan kepada pelanggan

CoolHauz Technology

CoolHauz merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan servis, membekal, pemasangan dan pemeriksaan dan membaiki penghawa dingin.